Pages

Tuesday, December 11, 2018

BBM3410/18: Kalendar Ku

Assalamualaikum korang,

Sekejap betul masa berlalu, pejam celik pejam celik dah nak habis weii semester ni dan nak tamat belajar dah dekat UPM. Sobss Sobsss sedihh..

Dan ini juga, menandakan kelas Multimedia bersama Prof pun dah nak sampai penghujungnya. Huwaaa.. Mesti akan rindu dengan semua kenangan semasa dalam kelas Multimedia ni termasuklah kenangan buat kalendar berminggu-minggu hingga berjaya siapkan.


Inilah salah satu kenangan yang boleh nampak hasilnya dari usaha titik peluh sendiri. Dari tak tahu apa-apa nak buat sampailah  berjaya hasilkan kalendar ni. 

Terima kasih Prof atas segalanya.

BBM3410/18: Facebook?

Assalamualaikum dan hai guysss..

Harini aku nak berkongsi tugasan berkenaan dengan Facebook. Memandangkan dah nak dekat-dekat hujung semester, Prof bagi tugasan yang terakhirlah dekat kami suruh post gambar dekat Facebook pula setelah menjelajah instagram, twitter, blog dan sebagainya. 

Gambar yang dipost dekat Facebook kena gambar yang bersama dengan beliau dan gambar yang perlu dipost sekurang-kurangnya dua gambar. Jadi apa lagi kami sibuk la cari Prof nak bergambar. Hahaa. Lepastu, masukkan gambar ke dalam Facebook. Jadi di bawah ini hasilnya:










Itu sahaja dari aku, Byeee



Wednesday, December 5, 2018

BBM3410/18: Video tanpa wajah

Video tanpa wajah merupakan satu pergerakan yang hanya menfokuskan kepada sesuatu benda tanpa menampakkan rupa seseorang. Kebiasaannya ini diambil mengikut kesesuaian.

- Video dihasilkan tanpa menampakan wajah seseorang. Contohnya diambil dari bahagian belakang, sisi dan bahagian bawah sahaja.

- Rakaman video tersebut perlu menfokuskan kepada sesuatu benda sahaja. Contohnya bahagian kaki.

-Video tersebut mestilah mempunyai jalan cerita dan mesej yang ingin disampaikan.

- Video yang dihasilkan perlu disertakan lagu yang sesuai dengan jalan cerita supaya ia lebih menarik.

BBM3410/18: VIDEO ONE LAYER

Assalamualaikum dan hai korang...

Okay kali ini aku nak berkongsi dengan korang berkenaan dengan video One Shot. Dalam video One akan ada 1 layer, 2 layer dan 3 layer.

1 Layer
- Ada nyanyian
-Hanya di ambil dari satu sisi sahaja.
- Tiada jalan cerita
-fokus kepada pergerakan
-Hanya fokus kepada satu objek sahaja


2 Layer
-Mempunyai lakonan bagi menunjukkan jalan cerita
-fokus kepada dua objek
-Ada nyanyian.

3 Layer
- mempunyai nyanyian , pergeakan dan pergerakan tidak sengaja.
- di ambil dari satu sisi sahaja.
-mempunyai jalan cerita






BBM3410/18: papan cerita

Assalamualaikum.. 

Haa hari ini aku nak berkongsi berkenaan dengan papan cerita. Korang tau apa itu papan cerita?



Untuk pengetahuan korang, papan cerita ialah satu siri lakaran bagi menggambarkan turutan isi kandungan bagi skrin multimedia. Ia juga boleh katakan sebagai susunan grafik dalam bentuk ilustrasi atau imej yang dipersembahkan bagi tujuan pra-tayangan gambar bergerak, animasi, grafik bergerak atau media interaktif. 

Papan cerita juga merupakan satu susunan visual yang membolehkan pengaturcara perisian menjalankan tugas pengarangan dengan licin dan teratur. 


Setiap papan cerita perlu mempunyai:

1. Suatu lakaran atau lukisan di atas skrin, halaman atau bingkai.
2. Warna, penempatan, dan saiz grafik
3. Muzik

BBM3410/18: Asas grafik

Hai Assalamualaikum...

Harini aku nak kongsi dengan korang berkenaan dengan asas grafik. Terdapat 5 prinsip asas grafik antaranya:


1. Mudah

- Sesuatu yang senang difahami maksudnya dari segi pergunaan warna dan sebagainya.


2.Keseimbangan

Merujuk kepada pembahagian yang bersebelahan atau berpadanan sama ada di sebelah kiri dan kanan atau atas dan bawah. Ia terbahagi kepada dua iaitu imbangan simetri dan juga imbangan tak simetri. Melalui keseimbangan, susunan tidak akan kelihatan berat sebelah dan akan mewujudkan kesan kesatuan. Selain itu, Gambar yang di ambil akan terlihat seimbang dari sisi kiri dan kanannya.

3. Kesesuaian

 -Gambar sesuai dengan persekitaran yang berada di sekeliling manusia. 



4. Warna

- Warna yang sesuai dengan situasi atau persekitaran sekeliling.


5. Teks

-Saiz yang berbeza, jenis tulisan yang berbeza,memiliki slogan, tema dan sebagainya.

Saturday, November 17, 2018

BBM3410/18: Gua Tempurung, Perak.

Hai korang...

Harini aku nak cerita kenangan pergi gua Tempurung dekat Perak. Aku pergi sana masa semester 4 tak silap. Ikut rombongan kelab anak-anak Perak. Hahahah. Tu pun sebab kawan-kawan yang ajak  banyak tempat kosong katanya. Aku kalau bab berjalan ni memang suka laa lagi-lagi buat aktiviti luar. Jadi aku pun pergilah.

Okay , jadi kami kena bayar yuran untuk baju dan untuk masuk gua tu. Tak silap kena bayar RM30 setiap seorang. Kami pergi naik bas UPM. Gerak petang dalam pukul 6 pastu sampai dekat Perak dalam pukul10.00 malam. Oh yaa, sampai sana kami pergi rumah anak yatim dulu. Buat program kebajikan dengan mereka semalaman. 

Lepastu, pagi sabtu kami baru gerak pergi Gua Tempurung di Gopeng. Sampai sana ketua rombongan urus nak masuk Gua Tempurung. Kat Gua Tempurung ada banyak pakej. Boleh pilih sama ada nak pakej yang akan basah atau tak nak basah (tak kena air). Kitorang pilih full pakej. Ada ranger yang akan guide kita dari awal masuk gua, sampai keluar gua tu. Serious weh, kalau korang jenis yang suka adventure memang kena amik Full Package ni. Seronok giler!

                                                          Tunggu nak masuk gua...




  Masa ni dah selamat sampai dalam perut gua. Serius lawa giler tempat dalam ni. Setelah hampir beberapa jam berada dalam gua ini, akhirnya habisss juga jelajah gua. Kami berehat sambil bermandi-manda di laluan air dalam gua ni. Air dia sejuk tapi rasa segar. 

                             
                             Hahahha masa ni dah selamat keluar gua. Semua muka penat!

Sekian, sampai di sini sahaja lawatan kami ke Gua Tempurung. Harapnya ada masa lagi nak buat outdoor activity macam ni lagi.