Hai korang...
Harini aku nak cerita kenangan pergi gua Tempurung dekat Perak. Aku pergi sana masa semester 4 tak silap. Ikut rombongan kelab anak-anak Perak. Hahahah. Tu pun sebab kawan-kawan yang ajak banyak tempat kosong katanya. Aku kalau bab berjalan ni memang suka laa lagi-lagi buat aktiviti luar. Jadi aku pun pergilah.
Okay , jadi kami kena bayar yuran untuk baju dan untuk masuk gua tu. Tak silap kena bayar RM30 setiap seorang. Kami pergi naik bas UPM. Gerak petang dalam pukul 6 pastu sampai dekat Perak dalam pukul10.00 malam. Oh yaa, sampai sana kami pergi rumah anak yatim dulu. Buat program kebajikan dengan mereka semalaman.
Lepastu, pagi sabtu kami baru gerak pergi Gua Tempurung di Gopeng. Sampai sana ketua rombongan urus nak masuk Gua Tempurung. Kat Gua Tempurung ada banyak pakej. Boleh pilih sama ada nak pakej yang akan basah atau tak nak basah (tak kena air). Kitorang pilih full pakej. Ada ranger yang akan guide kita dari awal masuk gua, sampai keluar gua tu. Serious weh, kalau korang jenis yang suka adventure memang kena amik Full Package ni. Seronok giler!
Tunggu nak masuk gua...
Masa ni dah selamat sampai dalam perut gua. Serius lawa giler tempat dalam ni. Setelah hampir beberapa jam berada dalam gua ini, akhirnya habisss juga jelajah gua. Kami berehat sambil bermandi-manda di laluan air dalam gua ni. Air dia sejuk tapi rasa segar.
Hahahha masa ni dah selamat keluar gua. Semua muka penat!
Sekian, sampai di sini sahaja lawatan kami ke Gua Tempurung. Harapnya ada masa lagi nak buat outdoor activity macam ni lagi.
No comments:
Post a Comment