Pages

Thursday, September 27, 2018

BBM3410/18: ASAS GRAFIK

Pada kuliah minggu kedua, saya dan ahli kumpulan yang lain ditugaskan untuk membuat tugasan asas grafik secara berkumpulan. Dalam tugasan tersebut, kami dikehendaki untuk membuat buku skrap.

Kami berkumpul dalam satu kumpulan yang  ahli ada 10 orang dan membahagikan tugas seperti mencari gambar yang sesuai di dalam majalah terpakai, mengunting gambar yang ada di majalah dan menampal gambar di mouting board dengan kemas dan teliti bagi mengelakkan benda yang tidak dingini berlaku. Selepas itu, buku skrap tersebut dihntar kepada Prof untuk disemak dan dinilai.

Okay di bawah ini, ada tugasan asas grafik yang kumpulan saya berjaya siapkan dengan jayanya yang berlandaskan 5 prinsip yang pernah saya beritahu dalam blog sebelum ini.



Antara prinsipnya ialah:

⧪ Mudah
Sesuatu yang senang difahami maksudnya dari segi pergunaan warna dan sebagainya.



BBM3410/18: MULTIMEDIA DALAM BAHASA

Pada minggu pertama, bermulalah sesi kuliah BBM3410 Multimedia dalam berbahasa.
Dalam kuliah tersebut, telah diadakan sesi pengenalan bersama Profesor Dr Normaliza Ab Rahim.

                                             
 Okay guyssssss inilah Prof saya yang comel. Nampak je muka garang tapi tak garang pun kelakar adalah hahahha......

Minggu pertama Prof hanya memperkenalkan apa itu subjek Multimedia dalam Bahasa. Subjek Multimedia dalam Bahasa ini merupakan ilmu asas grafik,media sosial dan sebagainya. Senang cerita, macam-macam la nanti akan belajar yang berkaitan multimedia ini.

Selain itu, pelajar ditugaskan untuk mencari bahan bagi kerja kursus yang berkaitan dengan aspek asas grafik.

Aspek asas grafik ini mestilah  melibatkan 5 prinsip iaitu  warna, keseimbangan, kesesuaian, mudah, dan teks. Antara bahan-bahan yang digunakan dalam projek asas grafik ialah gunting, pisau, mouting board, gam uhu, riben,puncher dan majalah yang terpakai.

Okayyy samapai sini saja dulu. Byeeee

BBM3410/18: SALAM PERKENALAN


Assalamualaikum hye ;)



Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya untuk Allah SWT....

Izinkan saya memperkenalkan diri. Nama saya Rusmiza bt Jusoh. Sekarang sedang menuntut di Universiti Putra Malaysia dalam bidang sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu).

Tujuan blog ini dibuat kerana terlibat dengan kursus BBM3410 Multimedia dalam Bahasa yang menghendaki saya untuk memaparkan beberapa jenis tugasan yang diberikan dan diposkan ke dalam laman blog ini.

Semoga dengan perantaraan blog ini dapat memberikan sedikit maklumat yang bermanfaat kepada kita semua.. Hehee

Sekian , Terima Kasih.