Pages

Thursday, September 27, 2018

BBM3410/18: MULTIMEDIA DALAM BAHASA

Pada minggu pertama, bermulalah sesi kuliah BBM3410 Multimedia dalam berbahasa.
Dalam kuliah tersebut, telah diadakan sesi pengenalan bersama Profesor Dr Normaliza Ab Rahim.

                                             
 Okay guyssssss inilah Prof saya yang comel. Nampak je muka garang tapi tak garang pun kelakar adalah hahahha......

Minggu pertama Prof hanya memperkenalkan apa itu subjek Multimedia dalam Bahasa. Subjek Multimedia dalam Bahasa ini merupakan ilmu asas grafik,media sosial dan sebagainya. Senang cerita, macam-macam la nanti akan belajar yang berkaitan multimedia ini.

Selain itu, pelajar ditugaskan untuk mencari bahan bagi kerja kursus yang berkaitan dengan aspek asas grafik.

Aspek asas grafik ini mestilah  melibatkan 5 prinsip iaitu  warna, keseimbangan, kesesuaian, mudah, dan teks. Antara bahan-bahan yang digunakan dalam projek asas grafik ialah gunting, pisau, mouting board, gam uhu, riben,puncher dan majalah yang terpakai.

Okayyy samapai sini saja dulu. Byeeee

No comments:

Post a Comment