Pages

Thursday, September 27, 2018

BBM3410/18: ASAS GRAFIK

Pada kuliah minggu kedua, saya dan ahli kumpulan yang lain ditugaskan untuk membuat tugasan asas grafik secara berkumpulan. Dalam tugasan tersebut, kami dikehendaki untuk membuat buku skrap.

Kami berkumpul dalam satu kumpulan yang  ahli ada 10 orang dan membahagikan tugas seperti mencari gambar yang sesuai di dalam majalah terpakai, mengunting gambar yang ada di majalah dan menampal gambar di mouting board dengan kemas dan teliti bagi mengelakkan benda yang tidak dingini berlaku. Selepas itu, buku skrap tersebut dihntar kepada Prof untuk disemak dan dinilai.

Okay di bawah ini, ada tugasan asas grafik yang kumpulan saya berjaya siapkan dengan jayanya yang berlandaskan 5 prinsip yang pernah saya beritahu dalam blog sebelum ini.



Antara prinsipnya ialah:

⧪ Mudah
Sesuatu yang senang difahami maksudnya dari segi pergunaan warna dan sebagainya.



⧪Keseimbangan
 Gambar yang terlihat seimbang dari sisi kiri dan kanannya.


⧪Kesesuaian
  Gambar sesuai dengan persekitaran yang berada di sekeliling manusia.


⧪ Warna
 Warna yang sesuai dengan situasi atau persekitaran sekeliling.


⧪ Teks
    Saiz yang berbeza, jenis tulisan yang berbeza,memiliki slogan, tema dan sebagainya.


Memandangkan ini tugasan berkumpulan, penglibatan semua ahli kumpulan diperlukan dalam menghasilkan buku skrap yang hebat ini. Okay gambar di bawah ini antara ahli kumpulan saya yang terlibat secara langsung dalam menjayakan  tugasan asas grafik ini.



Okay takat ini saja saya berceloteh yerr, jumpa lain waktu. Byeeeee

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment