Pages

Wednesday, October 3, 2018

BBM3410/18: Asas fotografi belajar satu hari jer hahaha!


Assalamualaikum haiii…

Korang sihat?

Okey harini aku nak bercerita kat korang berkenaan dengan asas Fotografi. Pada kuliah minggu 3, prof memberikan tugasan berkenaan dengan  asas fotografi.

Kami dikehendaki untuk melakukan tugasan mengambil gambar berdasarkan enam ciri asas fotografi.

Antara cirinya adalah seperti berikut :

1. Mugshot
Pengetahuan semua, mugshot ini gambar yang diambil seperti gambar passport dan mempunyai perasaan yang berbeza. Jurukamera hendaklah mengambil gambar mengikut kedudukan yang betul. Bagi gambar mugshot ini, kedudukan gambar adalah dari bahu dan ke atas dan gambar perlu diambil berdasarkan asas grafik iaitu keseimbangan. Seterusnya, latar belakang gambar mestilah kosong, jelas dan berwarna putih. Gambar mestilah diambil dalam keadaan tegak dan tertumpu pada bahagian muka. Gambar mugshot ini kebiasaannya dilakukan ketika mengambil gambar banduan. Dekat bawah ini, aku ada sediakan contoh gambar mugshot, bukan gambar  banduan lah tapi gambar kawan aku. Jangan korang pikir tu gambar seorang banduan pulak hahahhaha !!!
                   
                 



2      2. Medium shot
Gambar medium shot ini biasanya diambil dari jarak yang dekat, tetapi dalam posisi penuh, mesti nampak  lengkap dan jelas. Gambar perlulah berbentuk objek atau manusia. Berikut contoh gambar medium shot :
                           
           

      3. Long shot
Bagi gambar long shot pula, gambar perlu diambil dari sudut yang jauh dan gambar tersebut akan kelihatan kecil. Kebiasaannya, gambar yang diambil berupa pemadangan, bangunan dan reka bentuk sesuatu yang menarik. Dekat Bawah ini aku ada letak contoh gambar.

                                 


       4. Portrait
Gambar portrait kebiasaannya diambil di studio dan objek atau manusia sudah berada dalam keadaan bersedia atau sudah dirancang. Kebanyakkan gambar potrait ini dilukis atau diambil dalam keadaan posisi yang separuh dan tidak semestinya kena penuh. Berikut contoh gambar potrait.

                         
                                  

       5. Bird eye view
Gambar yang diambil dari sudut atas dan seolah-olah kita menjadi seekor burung yang melihat permadangan atau sesuatu secara keseluruhan. Di bawah ada contohnya gambar.
                

                              
                    

       6. Over the shoulder
Gambar yang diambil kebiasaannya berada di posisi sebelah bahu dan ke atas iaitu merangkumi separuh kepala dan separuh sisi bahu manusia. Namun, gambar yang dapat dilihat di hadapan akan kelihatan secara keseluruhan. Berikut merupakan contoh gambar over the shoulder:

                       


Inginkan gambar yang cantik mesti menggunakan teknik yang betul. Sebab itulah asas fotografi ini memainkan peranan yang penting dalam setiap  jenis gambar yang diambil.

Itu sahaja untuk hari ini….

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment