Pages

Saturday, November 17, 2018

BBM3410/18: Gua Tempurung, Perak.

Hai korang...

Harini aku nak cerita kenangan pergi gua Tempurung dekat Perak. Aku pergi sana masa semester 4 tak silap. Ikut rombongan kelab anak-anak Perak. Hahahah. Tu pun sebab kawan-kawan yang ajak  banyak tempat kosong katanya. Aku kalau bab berjalan ni memang suka laa lagi-lagi buat aktiviti luar. Jadi aku pun pergilah.

Okay , jadi kami kena bayar yuran untuk baju dan untuk masuk gua tu. Tak silap kena bayar RM30 setiap seorang. Kami pergi naik bas UPM. Gerak petang dalam pukul 6 pastu sampai dekat Perak dalam pukul10.00 malam. Oh yaa, sampai sana kami pergi rumah anak yatim dulu. Buat program kebajikan dengan mereka semalaman. 

Lepastu, pagi sabtu kami baru gerak pergi Gua Tempurung di Gopeng. Sampai sana ketua rombongan urus nak masuk Gua Tempurung. Kat Gua Tempurung ada banyak pakej. Boleh pilih sama ada nak pakej yang akan basah atau tak nak basah (tak kena air). Kitorang pilih full pakej. Ada ranger yang akan guide kita dari awal masuk gua, sampai keluar gua tu. Serious weh, kalau korang jenis yang suka adventure memang kena amik Full Package ni. Seronok giler!

                                                          Tunggu nak masuk gua...




  Masa ni dah selamat sampai dalam perut gua. Serius lawa giler tempat dalam ni. Setelah hampir beberapa jam berada dalam gua ini, akhirnya habisss juga jelajah gua. Kami berehat sambil bermandi-manda di laluan air dalam gua ni. Air dia sejuk tapi rasa segar. 

                             
                             Hahahha masa ni dah selamat keluar gua. Semua muka penat!

Sekian, sampai di sini sahaja lawatan kami ke Gua Tempurung. Harapnya ada masa lagi nak buat outdoor activity macam ni lagi.



Friday, November 16, 2018

BBM3410/18: VIDEO ONE SHOT TWO LAYER

Assalamualaikum korang..

Bertemu lagi kita yerrr. Minggu ini, aku satu kelas diberikan tugasan untuk membuat video one shot two layer pulak.

 Untuk tugasan kami ini, aku dan ahli kumpulan yang lain  telah memilih lagu dari Tasha Manshahar  yang berduet dengan Syed Shamim iaitu tajuk lagunya Cuba Teka.

Image result for cuba teka syed shamim

Alhamdulillah setelah berbincang punya bincang, akhirnya siap jugak video dalam masa satu hari. Penat tapi gembira bila buat benda ni.

BBM3410/18: Twitter oh twitter!

Hai,

Assalamualaikum korang...

Minggu ini minggu yang terakhir untuk tulis blog. Prof suruh berhenti dulu sebab dia nak nilai dan bagi markah.

Jadi untuk harini aku nak kongsi tentang apa yang aku buat dekat twitter. Prof suruh buat tweet dan retweeted tak kisah la pasal apa pun janji kau aktif twitter hahahhaha.

Okay yang dekat bawah ni apa yang aku buat laa dekat twitter. Hehee




Aku ni tak berapa aktif dengan twitter tapi kadang-kadang aku ada buka juga benda ni. Aku suka follow doktor-doktor dalam ni sebab diorang suka berkongsi tentang info kesihatan. Dapatlah jugak manfaatnye dari kau duk tulis yang bukan-bukan tu.

Thursday, November 15, 2018

BBM3410/18: BUAT KELENDAR MENGGUNAKAN ADOBE PHOTOSHOP!

Assalamualaikum korang.

Harini kelas amali aku batal. Jadi Prof bagi tugasan dekat kami iaitu kena buat video cara-cara membuat kelendar pakai adobe photoshop.

Jadi.... Dekat bawah ni aku ada masukkan video yang telah aku buat iaitu tutorial membuat kelendar..

Jom layan... ahahahah


Friday, November 9, 2018

BBM3410/18: Kenangan Praktikal

Assalamualakum warga blogger....


Alhamdulillah, aku berjaya menghabiskan praktikal selama hampir 2 bulan kat Pejabat Pendidikan Daerah Besut. Macam-macam pengalaman yang aku dapat sepanjang aku praktikal kat sana walaupun skop kerjanya ada yang  takde kaitan langsung dengan bidang pengajian aku. Tapi okay lahh kalau setakat nak cari pengalaman dan merasai suasana alam pekerjaan tu. Mula-mula masuk praktikal tu memang rasa janggal jugak la kan sebab tak biasa lagi dengan keadaan sekeliling sampai rasa macam lambat je nak habis keje tapi aku cuba membiasakan diri dengan keadaan itu walaupun kebanyakan staff kat PPD tu umur diorang beza jauh ngan aku ni hahahha. Ibarat ayah ngan anak. Mak ngan anak. Heee.. Abang kakak tu ade jugak tapi sikit je laa. Heeee. Walau macam mana pun aku bersyukur sangat sebab pegawai dan staff-staff kat PPD tu semuanya baik. Aku pun takde lah rasa macam orang asing sepanjang praktikal kat sana.

Kat PPD, aku diletakkan dibawah pengawasan Cikgu Fadzil iaitu ketua unit pengurusan murid. Tapi aku tidak diletakkan di bawah mana-mana unit pun. Jadi, bila ada kerja di sesuatu unit aku akan pergi dan tolong apa-apa yang patut. Biasanyanya aku akan jaga kaunter depan. Mula-mula jaga kaunter tu macam best jugak la kan. Tapi bila dah lama-lama tu rasa cam boring pun ade jugak bila takde kerja nak buat.  Tapi best jugak dok kat kaunter pertanyaan ni sebab kita dapat berurusan dengan ramai orang. Selain itu juga, bila duk kaunter depan ni, aku akan sibuk dengan ibu bapa yang datang nak buat pertukaran sekolah anak mereka. Kerja aku kena buat surat pertukaran sekolah lah bila duk kaunter depan ni.

Selain kerja di pejabat, aku juga selalu ke sekolah-sekolah yang ada di sekitar Besut untuk memantau  atau menjadi urusetia  bagi sebarang program yang diadakan di sekolah. 



Dengan adik-adik comel sempena program "Karnival Bahasa Inggeris". Diorang masuk pertandingan menyanyi.




                           Ini masa "Karnival Bahasa Melayu". Diorang masuk pertandingan bercerita.


       
   Jadi urusetia bagi "Program Bagi Semua Mata Pelajaran di Sekolah Rendah" bersama guru-guru sekolah rendah seluruh Besut.




            Sebagai pemantau wakil PPD Besut dan menjadi urusetia "Program Straight A SPM 2018".



Sebagai penghargaan aku ucapkan terima kasih  semua pegawai dan staff PPD yang baik hati sebab layan  dengan baik dan bagi tunjuk ajar kat aku yang baru nak belajar ni. Sesungguhnya setiap kenangan sepanjang  praktikal aat PPD akan di ingati sampai bila-bila. 



Sekian sahaja  untuk kali ini. Semoga bertemu lagi. Babai..

BBM3410/18: KAWAN AKU DAH KAWIN!

Hai dan Assalamualaikumm..

Sekarang tengah trend kawin muda kan? Semua nak kawin. Kalau jumpa kawan-kawan pun sibuk sembang pasal kawin..kawin..dan kawin..Pada mereka yang mendirikan rumahtangga itu mestilah seronok. Aku pun kadang-kadang terfikir juga macam manalah diorang buat persiapan majlis perkahwinan. Umur pula muda bila masa nak kumpul duit. Kalau perempuan aku tak heran sangat, tentulah mak bapak taja tapi kalau lelaki macam mana pula tu. Aku yang belajar kat kota ni pun rasa semput memikirkan kewangan, mana nak mengisi perutnya lagi. 

Diam tak diam, dah ramai member aku yang kawin rupanya ada yang dah beranak pinak pun ada. Time aku sibuk terkocoh-kocoh nak ke kelas, mereka mesti sibuk menyiapkan sarapan buat si suami, time aku sibuk study nak final exam, mereka mesti sibuk mengasuh anak-anaknya. Apa-apapun itu semua rezeki masing-masing dapat kawin awal. hahaha..

Waktu aku cuti midsem haritu, sempatlah aku attend kenduri kawin member baik dari zaman sekolah rendah hingga menengah. Masing-masing dah ketemu jodoh dengan pilihan hati. Maaf sesangat, pada kawan-kawan sebelum ini yang kawin aku tak pergi. Umur dah mengijak ke angka 20-an ini kenalah rajin-rajin attend kenduri kawin orang, nanti kita kawin takde siapa pula nak datang.


Tahniah sahabat dan jadi isteri orang dah kau. Cepat betul masa berlalu tau tak, rasanya baru semalam kiteorang main guli-guli, panjat pokok hahahhaa. Tup-tup nak kawin da! Haishh!!

Semoga perkahwinan korang berdua berkekalan hingga ke anak cucu!


BBM3410/18: TUGASAN GANTI KELAS

Haiii...

Assalamualaikum korang...
Pada hari isnin yang lalu, kelas aku dibatalkan kerana nak sambung cuti punya pasal dengan raya Deepavali terus pada Selasa itu. Jadi, Prof telah menetapkan syarat untuk membahagikan kerja secara atas talian bagi menggantikan kelas tersebut. 

Tugasan yang perlu dilakukan adalah dengan menonton program bual bicara Prof di tv Al Hijrah pada pukul 8 pagi, 5 November haritu.  Selain itu, kami dikehendaki untuk mengambil gambar Prof semasa rancangan itu sedang berlangsung. Seterusnya, gambar yang diambil perlu dipaparkan di instagram masing-masing.

Jadi, pukul 8 pagi aku dah bersedia duduk depan tv bukak saluran tv Al Hijrah dan bersedia untuk mengambil gambar Prof. 

Jadi, dekat bawah ini gambar yang aku sempat ambil semasa program itu berlangsung.



Makin berseri-seri pulak Prof aku ni  bila masuk tv yerr. Amboiii!

Hahahahha.

Saturday, November 3, 2018

BBM3410/18: KHASIAT BUAH SALAK

Harini aku nak citer kat korang tentang khasiat buah salak. Nama lain dari buah salak adalah Salacca Edulis dan buah salak merupakan buah yang cepat berkembang di daerah tropika. Buah salak sangat diminati oleh masyarakat Jepun, Amerika dan juga Eropah,

 Buah salak ni salah satu  buah yang aku paling gemar dalam banyak-banyak buah. Bila balik kampung mesti aku akan pergi cari buah ni dekat tepi rumah aku. Ada laa beberapa pokok buah salak ni tepi rumah aku. 



Dari apa yang aku baca dari beberapa artikel, buah  salak ini banyak khasiatnya, antaranya ialah :


1. Mengatasi Cirit-birit


Dengan memakan sebanyak 20 gram buah salak muda, ia boleh membantu mengubati penyakit cirit-birit kerana terdapat kandungan tanin 


2. Memelihara kesihatan mata


Betakarotin yang terkandung dalam 100gm isi salak melebihi buah-buahan lain seperti mangga, jambu dan tembikai.  Yang mana zat ini adalah baik untuk mata, oleh itu sekiranya sebelum ini kita obses tentang pengambilan lobak dalam diet untuk tujuan ini, salak adalah alternatifnya.



                                         
                                             Buah Salak- hasil tanaman arwah Abah aku

BBM3410/18: CUTI RAYA!

Haiiii............

 Memandangkan hari Selasa ini cuti raya Deepavali, jadi Prof  membenarkan semua pelajarnya untuk bercuti pada hari Isnin juga. YEAHHHHHHH YEAHHHH! Tapi dengar syaratt jeng jeng jengggggg..

Syaratnya kami semua perlu memuat naik gambar tanda okay di histagram. Memandangkan dalam kelas aku ada 80 orang pelajar, jadi kesemua 80 orang itu mesti memuat naik gambar tanda okayy.

Jadi apa lagi semua orang kelam kabut la masing-masing ambil gambar tangan buat tanda okay pastu masukkan dekat histagram masing-masing , Ahahhaa lawak betul!



Bila Prof tengok dekat histagram cukup 80 keping tanda okay macam gambar di atas, maka dengan rasminya pada hari Isnin cutiiiiiiiiiiiii!

Alhamdulillah cuti lagi hehee..


BBM3410/18: Kampung Ku

Haii korang...

Sekarang tengah dalam cuti pertengahan semester, Yeahhhh yeahhh ~

Cuba teka aku dekat mana? hahahah. Mana lagi kalau bukan dekat kampung halaman kann. Wuhuuuu seronokya balik kampung tercinta boleh jumpa buah hati (mak aku yerr jangan korang fikir suami pulak). 

Walaupun tengah seronok bercuti, tugasan tetap ada okayy. Jadi, untuk tugasan cuti ini, aku kena ambil 10 keping gambar dekat kampung ni. 

Jadi, dekat bawah ini ada gambar tugasan aku yang diambil dekat kampung aku jerr okayy~


Sekarang dekat tempat aku iaitu di Besut masih dalam musim buah-buahan, ada macam-macam buah tempatan rambutan, duku, durian dan lain-lain lagi lahhh. Sempat lagi laa rasa suasana musim buah dekat kampung ini. Seronoknya dapat makan buah banyak dan penting percumaaa ahahhaha.


Haa ni makanan yang paling aku suka, bila balik kampung jer mesti aku akan pergi cari benda ni. Harga 1 cucuk RM1 jerr satu okay. Haa murah ke tidokkkkkk? ni kalau dekat KL 1 cucuk dah dekat RM2.50. Tapi kalau teringin beli jugak mahal-mahal pun Hmmmm.



Wuhuuu seronoknya dapat mandi kolam air panas. Ini salah satu tempat yang agak terkenal di Besut. Tempat ini nama dia "Kolam Air Panas La Hot Spring". Bila musim cuti jer mesti ramai la pengunjung yang datang berkelah, mandi sungai, mandi air kolam panas dan sebagainya. Dekat tempat ini ada juga sungai yerr. Jadi kalau korang nak rasa suasana semulajadi jemputlah ke sini.


Okay la yerr sampai sini dululah....

Byee!