Pages

Friday, November 9, 2018

BBM3410/18: Kenangan Praktikal

Assalamualakum warga blogger....


Alhamdulillah, aku berjaya menghabiskan praktikal selama hampir 2 bulan kat Pejabat Pendidikan Daerah Besut. Macam-macam pengalaman yang aku dapat sepanjang aku praktikal kat sana walaupun skop kerjanya ada yang  takde kaitan langsung dengan bidang pengajian aku. Tapi okay lahh kalau setakat nak cari pengalaman dan merasai suasana alam pekerjaan tu. Mula-mula masuk praktikal tu memang rasa janggal jugak la kan sebab tak biasa lagi dengan keadaan sekeliling sampai rasa macam lambat je nak habis keje tapi aku cuba membiasakan diri dengan keadaan itu walaupun kebanyakan staff kat PPD tu umur diorang beza jauh ngan aku ni hahahha. Ibarat ayah ngan anak. Mak ngan anak. Heee.. Abang kakak tu ade jugak tapi sikit je laa. Heeee. Walau macam mana pun aku bersyukur sangat sebab pegawai dan staff-staff kat PPD tu semuanya baik. Aku pun takde lah rasa macam orang asing sepanjang praktikal kat sana.

Kat PPD, aku diletakkan dibawah pengawasan Cikgu Fadzil iaitu ketua unit pengurusan murid. Tapi aku tidak diletakkan di bawah mana-mana unit pun. Jadi, bila ada kerja di sesuatu unit aku akan pergi dan tolong apa-apa yang patut. Biasanyanya aku akan jaga kaunter depan. Mula-mula jaga kaunter tu macam best jugak la kan. Tapi bila dah lama-lama tu rasa cam boring pun ade jugak bila takde kerja nak buat.  Tapi best jugak dok kat kaunter pertanyaan ni sebab kita dapat berurusan dengan ramai orang. Selain itu juga, bila duk kaunter depan ni, aku akan sibuk dengan ibu bapa yang datang nak buat pertukaran sekolah anak mereka. Kerja aku kena buat surat pertukaran sekolah lah bila duk kaunter depan ni.

Selain kerja di pejabat, aku juga selalu ke sekolah-sekolah yang ada di sekitar Besut untuk memantau  atau menjadi urusetia  bagi sebarang program yang diadakan di sekolah. 



Dengan adik-adik comel sempena program "Karnival Bahasa Inggeris". Diorang masuk pertandingan menyanyi.




                           Ini masa "Karnival Bahasa Melayu". Diorang masuk pertandingan bercerita.


       
   Jadi urusetia bagi "Program Bagi Semua Mata Pelajaran di Sekolah Rendah" bersama guru-guru sekolah rendah seluruh Besut.




            Sebagai pemantau wakil PPD Besut dan menjadi urusetia "Program Straight A SPM 2018".



Sebagai penghargaan aku ucapkan terima kasih  semua pegawai dan staff PPD yang baik hati sebab layan  dengan baik dan bagi tunjuk ajar kat aku yang baru nak belajar ni. Sesungguhnya setiap kenangan sepanjang  praktikal aat PPD akan di ingati sampai bila-bila. 



Sekian sahaja  untuk kali ini. Semoga bertemu lagi. Babai..

1 comment: