Harini aku nak citer kat korang tentang khasiat buah salak. Nama lain dari buah salak adalah Salacca Edulis dan buah salak merupakan buah yang cepat berkembang di daerah tropika. Buah salak sangat diminati oleh masyarakat Jepun, Amerika dan juga Eropah,
Buah salak ni salah satu buah yang aku paling gemar dalam banyak-banyak buah. Bila balik kampung mesti aku akan pergi cari buah ni dekat tepi rumah aku. Ada laa beberapa pokok buah salak ni tepi rumah aku.
Dari apa yang aku baca dari beberapa artikel, buah salak ini banyak khasiatnya, antaranya ialah :
1. Mengatasi Cirit-birit
Dengan memakan sebanyak 20 gram buah salak muda, ia boleh membantu mengubati penyakit cirit-birit kerana terdapat kandungan tanin
2. Memelihara kesihatan mata
Betakarotin yang terkandung dalam 100gm isi salak melebihi buah-buahan lain seperti mangga, jambu dan tembikai. Yang mana zat ini adalah baik untuk mata, oleh itu sekiranya sebelum ini kita obses tentang pengambilan lobak dalam diet untuk tujuan ini, salak adalah alternatifnya.
Buah Salak- hasil tanaman arwah Abah aku
No comments:
Post a Comment