Haii korang...
Sekarang tengah dalam cuti pertengahan semester, Yeahhhh yeahhh ~
Cuba teka aku dekat mana? hahahah. Mana lagi kalau bukan dekat kampung halaman kann. Wuhuuuu seronokya balik kampung tercinta boleh jumpa buah hati (mak aku yerr jangan korang fikir suami pulak).
Walaupun tengah seronok bercuti, tugasan tetap ada okayy. Jadi, untuk tugasan cuti ini, aku kena ambil 10 keping gambar dekat kampung ni.
Jadi, dekat bawah ini ada gambar tugasan aku yang diambil dekat kampung aku jerr okayy~
Sekarang dekat tempat aku iaitu di Besut masih dalam musim buah-buahan, ada macam-macam buah tempatan rambutan, duku, durian dan lain-lain lagi lahhh. Sempat lagi laa rasa suasana musim buah dekat kampung ini. Seronoknya dapat makan buah banyak dan penting percumaaa ahahhaha.
Haa ni makanan yang paling aku suka, bila balik kampung jer mesti aku akan pergi cari benda ni. Harga 1 cucuk RM1 jerr satu okay. Haa murah ke tidokkkkkk? ni kalau dekat KL 1 cucuk dah dekat RM2.50. Tapi kalau teringin beli jugak mahal-mahal pun Hmmmm.
Wuhuuu seronoknya dapat mandi kolam air panas. Ini salah satu tempat yang agak terkenal di Besut. Tempat ini nama dia "Kolam Air Panas La Hot Spring". Bila musim cuti jer mesti ramai la pengunjung yang datang berkelah, mandi sungai, mandi air kolam panas dan sebagainya. Dekat tempat ini ada juga sungai yerr. Jadi kalau korang nak rasa suasana semulajadi jemputlah ke sini.
Okay la yerr sampai sini dululah....
Byee!