Assalamualaikum hai bertemu lagi gengg...
Untuk harini aku nak kongsi dengan korang pengalaman aku pergi tengok teater dekat Matic. Jadi, dijadikan cerita, aku pergi dengan kawan-kawan aku seramai 5 orang. kami gerak dari kolej pada sebelah petang, sampai sana tiket dah habis. Apa lagi sedih laa wehh datang takde laa lewat mana pun, sampa-sampai tiket dah habis. Akak yang jaga kaunter tiket cakap "korang boleh masuk tapi takde tempat duduk la nanti". Maklum la teater free sape taknak tengok kan. Ramai kot orang yang datang, artis pun ada. Teater tu mula pukul 8.30 malam. Jadi, lepas magrib tu kami tunggu laa depan dewan teater tu, dengan berpusu-pusu manusia tunggu nak masuk dewan. Nak dijadikan rezeki kami, aku bersembang laa dengan makcik ni sorang yang tengah tunggu nak masuk dewan untuk tengok teater jugak. sembang punya sembang, cakap dekat dia nak masuk tapi habis tiket semua. Tiba-tiba makcik cadangkan suruh pergi balik kat kaunter tiket, tanya kot-kot ada tiket lebih yang dah ditempah tapi orangnya tak jadi datang. jadi, kami pun pergilah tanya, pastu abang yang jaga kaunter tiket terus hulur 5 tiket kat kami. Bersyukur dan gembira sangat akhirnya dapat juga tiket. Kalau tak terpaksa la tengok teater duduk atas tangga atau mana-mana tempat yang boleh duduk. Hahahhaa.
Okay itu sahaja dulu, nanti blog seterusnya, aku cerita lagi tentang sambungan teater ini.
Bye..
Bye..
No comments:
Post a Comment