Haiii..
harini aku nak kongsi tips jimat masa memasak nasi sedikit tanpa perlu menyental periuk! Yang nak berdiet elok sangatlah cuba Hahahha.
kelebihannya tidak membazir lansung . Yang seronokkya, periuk nasi jadi tak berkerak dan nasi jadi cantik jer.
Cara dia mudah jer:
1. Basuhkan beras macam biasa dan masukkan ke dalam cawan
2. Tambah air dalam cawan berisi beras, ikut sukatan beras tu
3. Masukkan air dalam periuk, paras suku atau setengah gelas
4. Masak pakai rice cooker tau!
5. Tekan on, tunggu sampai nasi masak.
P/s: Guna cawan kaca atau ceramic tau!
HAHHAHA! Aku siap masak telur sakali lagi. Jimat masa 2 dalam 1. Hehehe
Ok itu sahaja, selamat mencuba!
Sunday, October 28, 2018
BBM3410/18: VIDEO ONE SHOT
Hai semua..
Minggu ni kami dapat tugasan subjek Multimedia buat video one shot! Video ni kami kena miming dgn menari wehh. Macam seronok je bunyinye kan. Hahaha.
Jadi kami dikehendaki untuk memilih satu lagu Melayu. Lagu yang kami pilih ialah lagu Mark Adam iaitu pencuri hati. Jadi sebelum membuat video tersebut, kami berlatih untuk membuat gaya, menari dan sebagainya. Pastu hari Khamis haritu kami terus buat video. Alhamdulillah semua dipermudahkan dan ahli kumpulan memberikan kerjasama yang baik dalam menyiapkan video ini.
BBM3410/18: TEATER ASRAMA-RA TERBAIK!
Assalamualakikum...
okay harini aku nak sambung berkenaan dengan teater yang aku dan geng pergi tengok haritu.
Teater yang dijalankan di Matic haritu, merupakan teater yang dipertandingkan antara universiti. jadi, pelakon-pelakon dalam teater Asrama-ra itu mrupakan pelajar-pelajar dari Universiti Malaysia Pahang. Mereka datang bertanding di Matic semperna festival teater Malaysia. Cerita Asrama-ra ini berkenaan tentang sekumpulan pelajar sekolah menengah yang pergi kursus kempimpinan pengawas, dan mereka kena bermalam di asrama sekolah. Bermacam-macam perkara terjadi di asrama tersebut.Cerita ni boleh katakan bermacam-macam konflik dan perasaan yang timbul seperti takut, sedih , marah dan sebagainya.
Jalan cerita teater ni bagi aku memang terbaiklah dan pelakon dapat bawakkan watak mereka dengan baik sekali.
Gambar di atas tu, pelakon sedang membawakan watak-watak mereka. Cerita ini memang bagus sangat.
Okay setakat ini dulu gengg....
BBM3410/18: TENGOK TEATER
Assalamualaikum hai bertemu lagi gengg...
Untuk harini aku nak kongsi dengan korang pengalaman aku pergi tengok teater dekat Matic. Jadi, dijadikan cerita, aku pergi dengan kawan-kawan aku seramai 5 orang. kami gerak dari kolej pada sebelah petang, sampai sana tiket dah habis. Apa lagi sedih laa wehh datang takde laa lewat mana pun, sampa-sampai tiket dah habis. Akak yang jaga kaunter tiket cakap "korang boleh masuk tapi takde tempat duduk la nanti". Maklum la teater free sape taknak tengok kan. Ramai kot orang yang datang, artis pun ada. Teater tu mula pukul 8.30 malam. Jadi, lepas magrib tu kami tunggu laa depan dewan teater tu, dengan berpusu-pusu manusia tunggu nak masuk dewan. Nak dijadikan rezeki kami, aku bersembang laa dengan makcik ni sorang yang tengah tunggu nak masuk dewan untuk tengok teater jugak. sembang punya sembang, cakap dekat dia nak masuk tapi habis tiket semua. Tiba-tiba makcik cadangkan suruh pergi balik kat kaunter tiket, tanya kot-kot ada tiket lebih yang dah ditempah tapi orangnya tak jadi datang. jadi, kami pun pergilah tanya, pastu abang yang jaga kaunter tiket terus hulur 5 tiket kat kami. Bersyukur dan gembira sangat akhirnya dapat juga tiket. Kalau tak terpaksa la tengok teater duduk atas tangga atau mana-mana tempat yang boleh duduk. Hahahhaa.
Okay itu sahaja dulu, nanti blog seterusnya, aku cerita lagi tentang sambungan teater ini.
Bye..
Bye..
BBM3410/18: Simpulan Bahasa
Assalamualaikum haii..
Harini aku nak
kongsikan tugasan yang perlu dibuat oleh budak-budak yang mengambil subjek
BBM3410. Kami dikehendaki untuk mengambil 10 keping gambar berdasarkan simpulan
bahasa. Kami kena berlakon berdasarkan 10 simpulan bahasa itulah. Dekat bawah
ni aku ada letakkan contoh gambar yang diambil berdasarkan simpulan bahasa.
Haa ini contoh gambar berdasarkan simpulan bahasa "kera sumbang".
Okay ini sahaja dulu bhaiii!!!
Tuesday, October 23, 2018
BBM3410/18: Budak teater
Assalamualaikum..
harini aku kongsi dengan korang pengalaman jadi pelakon teater. Aku sebenarnya x sangka yang diri aku ni akan jadi pelakon teater ahhhaaha.Itu pun sebab ambil seni persembahan. Sejak aku jadi pelakon teater ni, banyak sangat pengalaman yang aku dapat dan aku jadi suka dah dengan teater sekarang. Bagi aku seni persembahan ni sesuatu yang seronok.
Semester lepas, budak-budak seni persembahan kena buat teater yang bertajuk " Teater Dunia Belum Kiamat". Dalam teater ni aku memegang watak sebagai Pak Halim iaitu pemandu datuk. dekat bawah ni aku ada letak gambar semasa teater haritu.
harini aku kongsi dengan korang pengalaman jadi pelakon teater. Aku sebenarnya x sangka yang diri aku ni akan jadi pelakon teater ahhhaaha.Itu pun sebab ambil seni persembahan. Sejak aku jadi pelakon teater ni, banyak sangat pengalaman yang aku dapat dan aku jadi suka dah dengan teater sekarang. Bagi aku seni persembahan ni sesuatu yang seronok.
Semester lepas, budak-budak seni persembahan kena buat teater yang bertajuk " Teater Dunia Belum Kiamat". Dalam teater ni aku memegang watak sebagai Pak Halim iaitu pemandu datuk. dekat bawah ni aku ada letak gambar semasa teater haritu.
Thursday, October 11, 2018
BBM3410/18: Tips mak Jemah menangani tekanan
Memandangkan minggu ini aku rasa
sangat tertekan dengan tugasan yang
berlambak, FYP, dan sebagainya tu yang kena fikir. Jadi, aku nak kongsi tips dengan korang bagaimana cara aku
menangani tekanan.
i) Berfikiran
positif
Bagi mengelakkan
diri memikirkan perkara yang tidak berfaedah atau membebankan perasaan dan
pemikiran kebiasaannya, aku akan mula
berfikir secara positif. Iaitu aku akan selalu menganggap bahawa masalah yang
datang dan menjadikan diri kita tertekan sebagai cabaran dan rencah dalam
kehidupan. manusia mana yang tidak ditimpa masalah dan mengalami tekanan.
Perkara ini bergantung kepada diri setiap individu bagaimanakah cara untuk
menangani tekanan masing-masing.
Mengingati Tuhan
juga adalah merupakan salah satu cara untuk mengatasi stress. hanya Tuhan
sahaja yang punya kuasa untuk menentukan takdir hidup manusia. Namun sebagai
manusia kita seharusnya berusaha untuk menghadapi segala ujian yang mendatang
dengan kental. Jadilah seteguh karang. Nun jauh rendah di dasar lautan namun
jiwa kentalnya sekental gunung di daratan.
Jika korang
mengalami tekanan jangan sesekali menyisihkan diri daripada rakan-rakan mahupun
orang lain. Cuba lah cari sesuatu yang boleh melegakan hati. Berseronoklah dan
bergelak tawalah. Sesungguhnya ketawa adalah terapi bagi meregangkan urat2,
otot2 dan saraf2 kita. Ia secara tidak langsung akan memberi cas positif dalam
diri kita kerana kita tidak akan merasakan tertekan.
Okay tu sahaja tips dari
aku,banyak lagi cara lain sebenarnya tapi yang tiga ni je yang selalu aku
amalkan. Korang boleh cuba Insya-Allah hidup akan ceria je walaupun banyak
masalah hahaha.
Sampai sini sahaja dulu. Bubyeee~
BBM3410/18: OH PENING ! HAHHAHA
Hai
korang..
Assalamualakum….
Sini
aku nak merapu sikit tentang kejadian 3 hari lepas yang bila teringat aku rasa
nak tergelak-gelak HAHAHAHAH…
Alkisahnya
begini, subjek elektif aku buat pertukaran kelas ke tempat lain yang mana
biliknya lebih luas dan banyak kerusi meja. Maklumlah dalam kelas tu tiga
generasi weii ada dari tahun 1 hingga tahun 3. Tapi yang ramainya budak-budak
tahun 1 dan 2 jer sebab tu subjek wajib diorang bagi bachelor Sastera. Bilangan pelajar dalam kelas tu,
hampir-hampir nak dekat dengan 90 orang. Kelas dulu sampai tak cukup kerusi
meja sampai terpaksa angkut kerusi dari bilik sebelah.
Memandangkan
berlaku perkara sebegitu, kami tukar ke kelas yang lebih luas dan cukup kerusi
meja dengan bilangan kami ini. Alhamdulillah semua cukup kerusi meja dengan
bilangan pelajar yang ada.
Hari
mula-mula tukar kelas tak pasti pun kelas dekat mana sebenarnya, dengar-dengar
buat DKAP, pastu Dewan kuliah 5 yang dekat ASASI tu. Ahhh sampai pening aku
dibuatnya. Pastu pergi laa dekat DKAP, kawan pulak cakap buat dekat DK. Aku
pusing pulak ikut kawan pergi dekat DK sampai sana takde orang sebab kawan aku
tu bawak salah tempat sebenarnya. Dk yang dia bawak yang dekat Falkulti Alam
Sekitar tu DK1 hinnga DK4 jer ada, pastu semua gelak hahhaahahha bila tahu
salah, haaa pening lagi dengan hujan-hujan pulak tambah lagi pening. Pastu
kawan lagi sorang cakap DK5 dekat ASASI laa aku rasa, pastu pusing pergi sana
pulak. Alhamdulillah sampai sana jumpa jugak dewan kuliah Tu AHAHHAHA. Adoi
pening-pening.
BBM3410/18: Tugasan minggu 5
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Haii semuaa…
Harini aku nk bercerita tentang tugasan minggu 5 yang harus dilakukan oleh semua pelajar kelas bbm3410 Multimedia dalam berbahasa. Tugasan ini bagi aku agak mencabar sedikit kerana gambar perlu diambil mengikut darjah ketinggian yang telah ditetapkan dan memerlukan kesabaran yang tinggi hahahha. Pada hari isnin, kami ditugaskan untuk mengambil 5 keping gambar tapi produk yang berbeza mengikut jenis-jenis gambar yang telah dibagitahu oleh Prof.
Antara jenisnya ialah:
1.Quarter flat lay.
Untuk pengetahuan semua, gambar quarter flat lay ini diambil tengah-tengah diantara 45 hingga 0 darjah. Di bawah ini aku ada sediakan contoh gambar quarter flay lay yang kumpulan aku ambil.
Gambar half flat lay hendaklah diambil pada ketinggian darjah 45. Sebelum mengambil gambar, produk perlu diletakkan di tempat yang rata. Berikut contoh gambar half flat lay.
3.Flat flay
Gambar flat lay ini pula perlu diambil pada ketinggian darjah 90. Berikut contoh gambar flat lay.
Bagi gambar zero flat lay ini pula, kamera perlu diletakkan secara menegak di permukaan tempat. Dekat bawah contoh zero flat lay.
Dekat bawah ini aku ada letakkan gambar ahli kumpulan aku yang tengah duk sibuk menjalankan proses mengambil gambar-gambar ni. Jom layannnn…
Wednesday, October 3, 2018
BBM3410/18: Minggu ke 4
Assalamualaikum haiii....
Sini aku nak bercerita tentang
tugasan atas talian yang perlu dilakukan pada hari isnin yang bertarikh 1
haribulan 10 tahun 2018. Setiap pelajar yang mengambil kursus BBM3410 perlu
menjawab soalan yang telah yang telah disediakan dalam Putrablast pada hari
tersebut. Ini kerana bagi menggantikan kelas yang tidak ada pada hari itu.
Tugasan yang dijawab adalah 2 soalan. Yang pertama berkaitan dengan persepsi terhadap
media sosial yang terdapat dalam bab 1 buku "BOOM". Nak tengok rupa buku BOOM? Kat bawah ada letak gambar buku BOOM.
Manakala soalan yang kedua pelajar perlu memilih satu jenis media sosial dan perlu mengaitkan salah satu media sosial tersebut ke dalam pembelajaran di universiti. Panjang jawapan adalah antara 100 hingga 150 patah perkataan sahaja dan tugasan yang telah dibuat perlu dihantar ke email Prof.
Manakala soalan yang kedua pelajar perlu memilih satu jenis media sosial dan perlu mengaitkan salah satu media sosial tersebut ke dalam pembelajaran di universiti. Panjang jawapan adalah antara 100 hingga 150 patah perkataan sahaja dan tugasan yang telah dibuat perlu dihantar ke email Prof.
Alhamdulillah tugasan yang
dihantar ke Prof telah diterima dan telah diberi makah juga. Itu sahaja untuk
hari ini. Kita berjumpa di lain waktu.
Byeeee……………
BBM3410/18: Pesta makanan
Assalaualaikummm….
Hai muncul lagi kikikiki……….
Nak bercerita pasal makanan ni
tiba-tiba perut aku rasa lapar pulak. Al maklumlah tak sempat nak bersarapan
pagi tadi banyak hal la konon. Tapi takpelah yang tu biar dulu. Okay sambung
crita asal..
Haritu dekat falkulti aku ada
berlangsungnya pesta makanan tradisonal. Macam-macam makanan yang sedap dijual.
Antara makanan yang ada jual kat pesta antaranya laksa Penang, lontong kering,
laksa Sarawak dan banyak lagi.
Selain dari makanan, haritu ada
juga demo masakan tradisional oleh chef dari Fakulti Teknologi dan Makanan,
Universiti Putra Malaysia. Antara masakan yang menjadi pilihan chef ialah
onde-onde Royal Blue dan masak lemak cili api negeri Sembilan. Meleleh woii air
liur aku tengok masakan chef tu semua nampak sedap-sedap belaka.
Selain itu, antara aktiviti lain yang
berlangsung ialah pertandingan ukir buah tembikai dan pertandingan mewarna bagi
adik-adik sekolah tadika.
BBM3410/18: Asas fotografi belajar satu hari jer hahaha!
Assalamualaikum haiii…
Korang sihat?
Okey harini aku nak bercerita kat
korang berkenaan dengan asas Fotografi. Pada kuliah minggu 3, prof memberikan
tugasan berkenaan dengan asas fotografi.
Kami dikehendaki untuk melakukan
tugasan mengambil gambar berdasarkan enam ciri asas fotografi.
Antara cirinya adalah seperti
berikut :
1. Mugshot
Pengetahuan semua, mugshot ini gambar yang diambil seperti gambar passport dan
mempunyai perasaan yang berbeza. Jurukamera hendaklah mengambil gambar mengikut
kedudukan yang betul. Bagi gambar mugshot ini, kedudukan gambar adalah dari
bahu dan ke atas dan gambar perlu diambil berdasarkan asas grafik iaitu
keseimbangan. Seterusnya, latar belakang gambar mestilah kosong, jelas dan
berwarna putih. Gambar mestilah diambil dalam keadaan tegak dan tertumpu pada
bahagian muka. Gambar mugshot ini kebiasaannya dilakukan ketika mengambil
gambar banduan. Dekat bawah ini, aku ada sediakan contoh gambar mugshot, bukan
gambar banduan lah tapi gambar kawan aku. Jangan korang pikir tu
gambar seorang banduan pulak hahahhaha !!!
2 2. Medium
shot
Gambar medium
shot ini biasanya diambil dari jarak yang dekat, tetapi dalam posisi penuh,
mesti nampak lengkap dan jelas. Gambar
perlulah berbentuk objek atau manusia. Berikut contoh gambar medium shot :
3. Long
shot
Bagi gambar long
shot pula, gambar perlu diambil dari sudut yang jauh dan gambar tersebut akan
kelihatan kecil. Kebiasaannya, gambar yang diambil berupa pemadangan,
bangunan dan reka bentuk sesuatu yang menarik. Dekat Bawah ini aku ada letak
contoh gambar.
4. Portrait
Gambar portrait
kebiasaannya diambil di studio dan objek atau manusia sudah berada dalam
keadaan bersedia atau sudah dirancang. Kebanyakkan gambar potrait ini dilukis
atau diambil dalam keadaan posisi yang separuh dan tidak semestinya kena penuh.
Berikut contoh gambar potrait.
5. Bird
eye view
Gambar yang
diambil dari sudut atas dan seolah-olah kita menjadi seekor burung yang melihat
permadangan atau sesuatu secara keseluruhan. Di bawah ada contohnya gambar.
6. Over
the shoulder
Gambar yang
diambil kebiasaannya berada di posisi sebelah bahu dan ke atas iaitu merangkumi
separuh kepala dan separuh sisi bahu manusia. Namun, gambar yang dapat dilihat
di hadapan akan kelihatan secara keseluruhan. Berikut merupakan contoh gambar
over the shoulder:
Inginkan gambar yang cantik mesti
menggunakan teknik yang betul. Sebab itulah asas fotografi ini memainkan
peranan yang penting dalam setiap jenis
gambar yang diambil.
Itu sahaja untuk hari ini….
Sekian, terima kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)