Pages

Thursday, October 11, 2018

BBM3410/18: Tips mak Jemah menangani tekanan


Memandangkan minggu ini aku rasa sangat tertekan dengan tugasan yang berlambak, FYP, dan sebagainya tu yang kena fikir. Jadi, aku nak kongsi tips dengan korang bagaimana cara aku menangani tekanan.

i) Berfikiran positif

Bagi mengelakkan diri memikirkan perkara yang tidak berfaedah atau membebankan perasaan dan pemikiran kebiasaannya, aku  akan mula berfikir secara positif. Iaitu aku akan selalu menganggap bahawa masalah yang datang dan menjadikan diri kita tertekan sebagai cabaran dan rencah dalam kehidupan. manusia mana yang tidak ditimpa masalah dan mengalami tekanan. Perkara ini bergantung kepada diri setiap individu bagaimanakah cara untuk menangani tekanan masing-masing.

 ii) Sentiasa Mengingati Tuhan

Mengingati Tuhan juga adalah merupakan salah satu cara untuk mengatasi stress. hanya Tuhan sahaja yang punya kuasa untuk menentukan takdir hidup manusia. Namun sebagai manusia kita seharusnya berusaha untuk menghadapi segala ujian yang mendatang dengan kental. Jadilah seteguh karang. Nun jauh rendah di dasar lautan namun jiwa kentalnya sekental gunung di daratan.

 iii)Ketawa dan berseronoklah

Jika korang mengalami tekanan jangan sesekali menyisihkan diri daripada rakan-rakan mahupun orang lain. Cuba lah cari sesuatu yang boleh melegakan hati. Berseronoklah dan bergelak tawalah. Sesungguhnya ketawa adalah terapi bagi meregangkan urat2, otot2 dan saraf2 kita. Ia secara tidak langsung akan memberi cas positif dalam diri kita kerana kita tidak akan merasakan tertekan.

Okay tu sahaja tips dari aku,banyak lagi cara lain sebenarnya tapi yang tiga ni je yang selalu aku amalkan. Korang boleh cuba Insya-Allah hidup akan ceria je walaupun banyak masalah hahaha.
Sampai sini sahaja dulu. Bubyeee~



No comments:

Post a Comment