Pages

Thursday, October 11, 2018

BBM3410/18: Tugasan minggu 5


Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Haii semuaa…
Harini aku nk bercerita tentang tugasan minggu 5 yang harus dilakukan oleh semua  pelajar kelas bbm3410 Multimedia dalam berbahasa. Tugasan ini bagi aku agak mencabar sedikit kerana gambar perlu diambil mengikut darjah ketinggian yang telah ditetapkan dan memerlukan kesabaran yang tinggi hahahha. Pada hari isnin, kami ditugaskan untuk mengambil 5 keping gambar tapi produk yang berbeza mengikut jenis-jenis gambar yang telah dibagitahu oleh Prof.
Antara jenisnya ialah:
1.Quarter flat lay.
Untuk pengetahuan semua, gambar quarter flat lay ini diambil tengah-tengah diantara 45 hingga 0 darjah. Di bawah ini aku ada sediakan contoh gambar quarter flay lay yang kumpulan aku ambil.

 2. Half flat lay
Gambar half flat lay hendaklah diambil pada ketinggian darjah 45. Sebelum mengambil gambar, produk perlu diletakkan di tempat yang rata. Berikut contoh gambar half flat lay.

 3.Flat flay
Gambar flat lay ini pula perlu diambil pada ketinggian darjah 90. Berikut contoh gambar flat lay.

 4.Zero flat flay
Bagi gambar zero flat lay ini pula, kamera perlu diletakkan secara menegak di permukaan tempat. Dekat bawah contoh zero flat lay.


Dekat bawah ini aku ada letakkan gambar ahli kumpulan aku yang tengah duk sibuk menjalankan proses mengambil gambar-gambar ni. Jom layannnn…





No comments:

Post a Comment