Assalaualaikummm….
Hai muncul lagi kikikiki……….
Nak bercerita pasal makanan ni
tiba-tiba perut aku rasa lapar pulak. Al maklumlah tak sempat nak bersarapan
pagi tadi banyak hal la konon. Tapi takpelah yang tu biar dulu. Okay sambung
crita asal..
Haritu dekat falkulti aku ada
berlangsungnya pesta makanan tradisonal. Macam-macam makanan yang sedap dijual.
Antara makanan yang ada jual kat pesta antaranya laksa Penang, lontong kering,
laksa Sarawak dan banyak lagi.
Selain dari makanan, haritu ada
juga demo masakan tradisional oleh chef dari Fakulti Teknologi dan Makanan,
Universiti Putra Malaysia. Antara masakan yang menjadi pilihan chef ialah
onde-onde Royal Blue dan masak lemak cili api negeri Sembilan. Meleleh woii air
liur aku tengok masakan chef tu semua nampak sedap-sedap belaka.
Selain itu, antara aktiviti lain yang
berlangsung ialah pertandingan ukir buah tembikai dan pertandingan mewarna bagi
adik-adik sekolah tadika.
No comments:
Post a Comment